Isnin, 2 April 2012

ANAK LUN BAWANG BRUNEI YANG PERTAMA.

 Dengan adanya orang Lun Bawang Murut Brunei yang pertama menceburi berbagai bidang baik dalam dunia pendidikan, dunia pekerjaan, dunia perniagaan, dunia sukan dan sebagainya akan dapat memberikan semangat kepada genarasi muda kita.

Kita berbangga dengan kejayaan mereka ini, kerana dengan asuhan ibubapa mereka dan disertai dengan keazaman, kemahuan maka mereka berjaya dalam bidang masing-masing.

Sekarang mereka sudah bersara dari tugas masing-masing.Apa yang tinggal sekarang adalah rintisan yang mereka lalui sepanjang kehidupan mereka didalam dunia pendidikan sehingga mereka menjawat jawatan didalam kerajaan.

Kita berharap akan ada anak-anak kita mengikuti jejak mereka ini, setidak-tidaknya pun jadikan mereka ini sebagai ikon dan menjadi pembakar semangat untuk berusaha lebih dari apa yang mereka capai.

Tanpa kehadiran mereka dalam masyarakat kita Lun Bawang Murut Brunei, kita tidak tahu bahawa memang ada dari masyarakat kita Lun Bawang sudah berjaya malah sudah dulu mencapai kejayaan.Maka tidak ada alasan untuk kita berkata cukuplah dan aku tak mampu.

Jika kita melihat kehidupan masyarakat Lun Bawang pada 50 tahun yang lalu dan di bandingkan dengan kehidupan kita pada masa sekarang adalah sungguh jauh berbeda.

 Tetapi ibubapa mereka begitu perhatin kepada anak-anak mereka.Meraka berkerja membanting tulang empat kerat demi kehidupan keluarga mereka masing-masing.


Ibubapa berkerja sebagai buruh, tukang kebun, berkerja dikilang papan dan sebagainya bukan sepertimana ibubapa kita sekarang dan taraf kehidupan kita masa sekarang amat baik.




Ayuh, marilah anak-anak Lun Bawang Murut Brunei, bangkit dan lihatlah di mana kita sekarang........

Jangan takut kepada cabaran yang ada dihadapan kita, kalau tidak kita siapa lagi membela masyarakat Lun Bawang Murut Brunei......



Kita akan menampilkan labih banyak anak-anak kitani Lun Bawang yang berjaya terutama mereka yang menjadi orang Lun Bawang pertama seperti mereka baik dalam pendidikan, perkerjaan, perusahaan, sukan dan sebagainya sehingga dapat memberi serta pembakar semangat kita semua terutama generasi muda dimasa akan datang......


Do Rurum....Do Peruan.........