Rabu, 9 Januari 2013

PROGRAM HARI KELUARGA DAN BALIK KAMPONG 2012.


                        

Garbang masuk yang dibina oleh AJK Program.


Antara AJK Program Hari Keluarga dan Balik Kampong 2012 bergambar ramai bersama
Tetamu Kehormat Yang Mulia Ketua Kampong Selapon.


Antara aktiviti yang diadakan, senamrobik beramai-ramai yang disertai bersama 
oleh Tetamu Kehormat.

Tetamu Kehormat Yang Mulia Awang Martan@Martin bin Apoi
Ketua Kampong Selapon, 
menyampaikan ucapan dan seterusnya meresmikan program tersebut.


Tetamu Kehormat sedang menyaksikan antara sayuran kampong yang dijual dengan 
diiringi oleh pengerusi program Awang Bina bin Barauk.


Orang kuat antara acara yang diadakan semasa program Hari Keluarga dan
Balik Kampong 2012, di mana acara ini mendapat sambutan ramai dan akan diadakan 
pada program akan datang.

 Antara suasana disepanjang program diadakan.


Mengupas dan menggarut kelapa merupakan acara yang disertai oleh beberapa keluarga.


Tarik Kalat antara sukan ria yang diadakan khusus untuk kanak-kanak.


Program Hari Keluarga dan Balik Kampong diteruskan pada sebelah malam dengan persembahan
kebudayaan.
Hadir diacara penutup program ialah Mantan Penghulu,
Yang Mulia Awang Tuah bin Tali.


 Antara tarian yang menyerikan persembahan kebudayaan pada malam tersebut.


Persembahan TULU yang diketua oleh Ibu Lua Agong dengan diiringi
oleh Ibu Tamung Tadam dan Ibu Liboh Apoi.


Berkesempatan bergambar bersama pahlawan Lun Bawang yang turut
mempersembahkan Silat dan Ngajat (Dari kiri, Rining Kading,Ah Chua Bangau dan Surat Tako).


Awang Surat bin Tako mempersembahkan tarian ngajat.


Para peserta pakaian beragam bagi perampuan 40 tahun keatas bergambar ramai.
(Dari kiri, Ronnie Baka, Mariam Timbang, Timbang Balan dan Taminah Timbang).


Para peserta pakaian beragam lelaki yang ikut sert.
(Dari kiri, Siong Agong, Ibrahim Timbang, Awang Barauk dan Amir Labau).

Sabtu, 8 September 2012

IRAU ACO LUN BAWANG MURUT BRUNEI KALI KE-2 BAGI TAHUN 2012.

Yang Mulia, Pengerusi Irau Aco Lun Bawang Murut Brunei Kali Ke-2, Awang Bina bin Barauk menyampaikan ucapan di majlis perasmian irau.
Yang Mulia, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan ketika merasmikan Irau Aco Lun Bawang Murut Brunei Kali Ke-2 bagi Tahun 2012.
Tetamu Kehormat bersama-sama para jemputan menyertai senam robik pada pagi tersebut sebelum mengadakan walkaton beramai-ramai sejauh kira-kira 2 kilometer.
Tetamu Kehormat menyaksikan antara pameran yang di adakan pada pagi tersebut.
Tetamu Kehormat berserta para jemputan dan AJK pengendali Irau bergambar ramai.
Yang Mulia, Awang Ah chua bin Bangau, Yang Dipertua PLBMB menyampaikan ucapan semasa penutupan Irau Aco Lun Bawang Murut Brunei Kali Ke-2 bagi Tahun 2012.
Yang Mulia, Awang Aziman bin Awang Nasir selaku mewakili Pemangku Pegawai Daerah Temburong berkesudian ikut serta tarian ukoi.
Antara penyanyi tempatan daripada masyarakat Lun Bawang Murut Brunei menyampaikan bebarapa buah lagu melayu dan murut.
Penyanyi daripada WAWASAN BAND yang turut serta mengisi persembahan pada malam tersebut.
Antara penyanyi yang turut serta menghiburkan para penonton....Ampuan Roza Amalyati
Antara anak-anak gadis Lun Bawang Murut Brunei mempersembahkan tarian.
Tetamu Kehormat menyampaikan sijil cemerlang kepada salah seorang pelajar yang berjaya didalam peperiksaan 'O' level dengan mendapat 9 'O' level...Awang Edwin Ngo.
Salah seorang pelajar yang menerima sijil cemerlang daripada Tetamu Kehormat.
Tetamu Kehormat menyampaikan anugerah khas kepada salah seorang anak Lun Bawang Murut Brunei yang telah berjaya didalam pendidikan dan merupakan anak pertama daripada masyarakat murut Brunei yang berjaya mendapat kelulusan kedoktoran......Dr.Awang Fadil bin Galawat.
Tetamu Kehormat berkesudian menerima cenderamata daripada YDP PLBMB, mewakili AJK pengendali Irau dan Masyarakat murut Brunei.
Tetamu Kehormat bersama para jemputan dan AJK pengendali Irau bergambar ramai sebelum bersurai.

Khamis, 12 Julai 2012


BENGKEL MEMBUAT DAN MEMBUNGKUS NUBA TINGA/NASI BUNGKUS.


Peserta bengkel melakukan kerja awal bagaimana memasak nasi sebelum ianya dibungkus.

Beras dan air disukat banyaknya supaya nasi yang dimasak tidak akan keras atau sebaliknya.




    Peserta cuba membungkus nasi menjadi nuba tinga.
 Peserta wanita juga tidak ketinggalan.Setelah air dan beras disukat maka ianya dimasak.
Salah seorang peserta memasak nasi yang hampir siap untuk proses membungkus.