Sabtu, 8 September 2012

IRAU ACO LUN BAWANG MURUT BRUNEI KALI KE-2 BAGI TAHUN 2012.

Yang Mulia, Pengerusi Irau Aco Lun Bawang Murut Brunei Kali Ke-2, Awang Bina bin Barauk menyampaikan ucapan di majlis perasmian irau.
Yang Mulia, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan ketika merasmikan Irau Aco Lun Bawang Murut Brunei Kali Ke-2 bagi Tahun 2012.
Tetamu Kehormat bersama-sama para jemputan menyertai senam robik pada pagi tersebut sebelum mengadakan walkaton beramai-ramai sejauh kira-kira 2 kilometer.
Tetamu Kehormat menyaksikan antara pameran yang di adakan pada pagi tersebut.
Tetamu Kehormat berserta para jemputan dan AJK pengendali Irau bergambar ramai.
Yang Mulia, Awang Ah chua bin Bangau, Yang Dipertua PLBMB menyampaikan ucapan semasa penutupan Irau Aco Lun Bawang Murut Brunei Kali Ke-2 bagi Tahun 2012.
Yang Mulia, Awang Aziman bin Awang Nasir selaku mewakili Pemangku Pegawai Daerah Temburong berkesudian ikut serta tarian ukoi.
Antara penyanyi tempatan daripada masyarakat Lun Bawang Murut Brunei menyampaikan bebarapa buah lagu melayu dan murut.
Penyanyi daripada WAWASAN BAND yang turut serta mengisi persembahan pada malam tersebut.
Antara penyanyi yang turut serta menghiburkan para penonton....Ampuan Roza Amalyati
Antara anak-anak gadis Lun Bawang Murut Brunei mempersembahkan tarian.
Tetamu Kehormat menyampaikan sijil cemerlang kepada salah seorang pelajar yang berjaya didalam peperiksaan 'O' level dengan mendapat 9 'O' level...Awang Edwin Ngo.
Salah seorang pelajar yang menerima sijil cemerlang daripada Tetamu Kehormat.
Tetamu Kehormat menyampaikan anugerah khas kepada salah seorang anak Lun Bawang Murut Brunei yang telah berjaya didalam pendidikan dan merupakan anak pertama daripada masyarakat murut Brunei yang berjaya mendapat kelulusan kedoktoran......Dr.Awang Fadil bin Galawat.
Tetamu Kehormat berkesudian menerima cenderamata daripada YDP PLBMB, mewakili AJK pengendali Irau dan Masyarakat murut Brunei.
Tetamu Kehormat bersama para jemputan dan AJK pengendali Irau bergambar ramai sebelum bersurai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan