Khamis, 29 Mac 2012

IRAU ACO LUN BAWANG MURUT BRUNEI KE-1 BAGI TAHUN 2011.

Salah satu acara yang memberikan tarikkan pada Irau tersebut adalah dalam acara Orang Kuat Temburong yang dikendalikan oleh TK Gym.Kita amat berterima kasih di atas usaha yang telah dibuat oleh TK Gym dan AJK yang terlibat.
YDP PLBMB bersama pemenang-pemenang dikesemua kategori yang dipertandingkan. 

Backdrop yang ditaja oleh Awang Labar bin Husin.Saya mewakili AJK Irau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan.Kita juga berterima kasih diatas sumbangan semua masyarakat murut/iban/dusun dan cina yang memberikan sumbangan berbentuk kewangan dan sebagainya kearah menjayakan Irau ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Temburong dan Isteri yang berkesudian melancarkan Irau ini buat julung-julung kali ianya di adakan.Terima kasih juga kepada para jemputan yang sudi hadir dan seterusnya memeriahkan susana Irau pada kali ini.
Tetamu Kehormat dan para jemputan serta AJK yang berkerja keras dari awal hingga selesai Irau ini.
Dalam menghargai apajua bidang yang diceburi terutama oleh masyarakat murut di negara Brunei Darussalam maka pihak PLBMB pada tahun ini memberikan penghargaan kepada murid-murid dan penuntut-penuntut yang cemerlang di dalam peperiksaan PSR, 'O' dan 'A' LEVEL.
Salah seorang penuntut menerima sijil penghargaan dan piala daripada Tetamu Kehormat.

Selasa, 27 Mac 2012

PAMERAN 50 TAHUN PENUBUHAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA NBD 2011 DI ICC,BERAKAS.

Antara kraftangan masyarakat murut yang di pamerkan di ICC,Berakas.

Dari kiri Awg.Sabtu bin Timbang,Awg.Timbang bin Kaling,Awg.Ah Chua bin Bangau,Awg.Labau bin Murang dan Awg.Udan bin Alok bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka NBD.

Bersama Ketua Kampong Selapon Awg.Martan@Martin Apoi. 

Mereka yang terlibat dalam mengendalikan pameran daripada masyarakat Murut,Dusun dan Bisaya bersama Pengarah dan Pegawai-Pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka NBD.

Ahad, 25 Mac 2012

PENYAMPAIAN DERMA MANGSA ANGIN RIBUT KAMPONG SELAPON DAERAH TEMBURONG,NBD.

 Penerimaan derma masyarakat Murut,Iban,Cina dan Dusun yang ada di Daerah Temburong,Brunei Darussalam oleh Awang Bina bin Barauk.

 Penyerahan derma kepada Ketua Kampong Selapon,Daerah Temburong.

 YDP PLBMB menyampaikan derma kepada salah seorang mangsa angin ribut yang melanda Kampong Selapon.

Awang Matius bin Ayong menyampaikan derma kepada Awang Yunus bin Lupat mewakili keluarga mereka di mana rumah mereka juga mengalami kerosakkan akibat angin ribut tersebut.
Kepada mereka yang terlibat berusaha baik secara tenaga,buah fikiran,kewangan dan sebagainya terutama mereka yang telah menyumbang kewangan bagi derma kepada mangsa angin ribut di Kampong Selapon,Daerah Temburong di ucapkan berbanyak-banyak terima kasih semoga kita semua di berkati oleh Tuhan di dalam segala hal.....

Selasa, 20 Mac 2012

SAMBUTAN JUBLI EMAS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA NBD DI DAERAH TEMBURONG.

 

Antara hasil kraftangan masyarakat murut yang di pamerkan.


 Antara masyarakat murut yang terlibat di dalam mengendalikan pameran tersebut.


Penari-penari masyarakat Murut Brunei yang membuat persembahan semasa sambutan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka NBD di Daerah Temburong.