Khamis, 29 Mac 2012

IRAU ACO LUN BAWANG MURUT BRUNEI KE-1 BAGI TAHUN 2011.

Salah satu acara yang memberikan tarikkan pada Irau tersebut adalah dalam acara Orang Kuat Temburong yang dikendalikan oleh TK Gym.Kita amat berterima kasih di atas usaha yang telah dibuat oleh TK Gym dan AJK yang terlibat.
YDP PLBMB bersama pemenang-pemenang dikesemua kategori yang dipertandingkan. 

Backdrop yang ditaja oleh Awang Labar bin Husin.Saya mewakili AJK Irau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan.Kita juga berterima kasih diatas sumbangan semua masyarakat murut/iban/dusun dan cina yang memberikan sumbangan berbentuk kewangan dan sebagainya kearah menjayakan Irau ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Temburong dan Isteri yang berkesudian melancarkan Irau ini buat julung-julung kali ianya di adakan.Terima kasih juga kepada para jemputan yang sudi hadir dan seterusnya memeriahkan susana Irau pada kali ini.
Tetamu Kehormat dan para jemputan serta AJK yang berkerja keras dari awal hingga selesai Irau ini.
Dalam menghargai apajua bidang yang diceburi terutama oleh masyarakat murut di negara Brunei Darussalam maka pihak PLBMB pada tahun ini memberikan penghargaan kepada murid-murid dan penuntut-penuntut yang cemerlang di dalam peperiksaan PSR, 'O' dan 'A' LEVEL.
Salah seorang penuntut menerima sijil penghargaan dan piala daripada Tetamu Kehormat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan